Visi dan misi Pejabat Kesihatan Daerah Pasir Mas

Visi

Pasir Mas akan wujud sebagai sebuah daerah kesihatan yang terdiri daripada individu, keluarga dan masyarakat yang sihat dari segi jasmani, rohani, mental, sosial dan persekitaran melalui sistem kesihatan yang lengkap serta mampu disediakan bersesuaian dengan kehendak pelanggan dan persekitaran. Ini akan melahirkan individu, keluarga dan masyarakat yang prihatin dan sentiasa meningkatkan taraf kesihatan.

Misi

Pejabat Kesihatan Daerah Pasir Mas menyediakan perkhidmatan kesihatan yang cekap dan berkesan. Perkhidmatan akan diberikan melalui kerja berpasukan secara profesional, dedikasi, bertanggungjawab serta mengamalkan nilai-nilai murni. Kehendak pelanggan dan penglibatan masyarakat dalam melaksanakan program kesihatan awam akan diberi keutamaan.